Tuesday 6 December 2011

LOGO SURAU AS-SYAKIRIN, TAMAN MAHSURI



Merekabentuk logo SURAU AS-SYAKIRIN, Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah Darul Aman. Sekiranya ada individu atau badan-badan NGO yang inginkan perkhidmatan grafik, sila hubungi SDR. MOHAMAD PUAD (017-4332050) atau datang sendiri ke An-Nur Computer Centre (ACC), Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai, Kedah Darul Aman.

Monday 5 December 2011

BULETIN AN-NUR BIL. 12


CERAMAH MA'AL HIJRAH 1433H


Ceramah Ma'al Hijrah 1433H pada 6 Disember 2011 (Selasa), jam 8.30 malam di Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai, Kedah Darul Aman. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Idrus Ahmad (Pendakwah Bebas).

"SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR"

Monday 7 November 2011

IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H/2011M







Ibadah Qurban & Aqiqah menjadi acara tahunan di Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai telah berlangsung pada hari raya pertama iaitu pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H.

Para jemaah dan kariah sekeliling bergotong-royong menjayakan acara ini dengan bersemangat sekali. Tahun ini 5 ekor lembu dikorbankan. Dengan kerjasama semua, sesuatu yang berat akan menjadi ringan. Inilah yang berlaku di sini. Masing-masing telah sedia maklum akan tugasan yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, acara yang bermula jam 10.30 pagi dapat diselesaikan jam 12.30 tengahari.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola Qurban Surau An-Nur kerana berjaya menghidupkan ibadah qurban & aqiqah pada tahun ini.

Thursday 6 October 2011

PAKEJ SEWAAN PERALATAN


Surau An-Nur, Taman Ria melalui Biro Peralatan & Pinggan Mangkuk ada menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan pinggan mangkuk untuk sebarang majlis keramaian seperti majlis kenduri kahwin, majlis jamuan hari raya, majlis tahlil dan sebagainya.

Sesiapa yang berhajat/berminat dengan perkhidmatan kami, sila hubungi SDR. AZIZ AHMAD di talian: 017-5820309 atau SDR. MOHD ZIN di talian: 012-5503215.


Monday 3 October 2011

PUSAT KOMPUTER AN-NUR



Pusat Komputer An-Nur (An-Nur Computer Centre) akan beroperasi dengan rasminya pada 15 Oktober 2011 bersamaan 17 Zulkaedah 1432H. Waktu pengoperasiannya adalah seperti berikut: hari Ahad & Sabtu dari jam 10.00 pagi - 11.30 malam. Hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 malam - 11.30 malam. Waktu Rehat ialah 1.00 tengahari - 2.00 petang.

Tujuan penubuhan Pusat Komputer An-Nur ialah untuk menggalakkan anak kariah supaya dapat mengimarahkan surau, menjana pendapatan surau dan dapat mempelajari ilmu IT.

Kursus Komputer hanya terbuka kepada anak-anak kariah Taman Ria sahaja. Borang kursus boleh didapati di pejabat Pusat Komputer An-Nur atau menghubungi AJK Pusat Komputer. Insya-Allah.

Wednesday 28 September 2011

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H/2011M



Program Ibadah Qurban & Aqiqah 1432H/2011M di Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai dibuka kepada semua penduduk Taman Ria dan masyarakat luar. Sesiapa yang berhajat boleh berhubung dengan Penyelaras Program iaitu Sdr. Mohamed Iqbal Dulkarnai di talian 012-4126467. Harga satu bahagian ialah RM350.00 dan penyembelihan akan dijalankan pada hari raya pertama. Harap maklum.

BULETIN AN-NUR BIL. 10



Buletin An-Nur diterbitkan pada setiap bulan oleh Biro Penerbitan & Multimedia, Surau An-Nur. Tujuannya ialah untuk menyebarkan maklumat/berita tentang aktiviti yang dijalankan oleh surau kepada anak-anak kariah Taman Ria dan juga masyarakat luar.

JADUAL PENGAJIAN BULAN OKTOBER

PUSAT KOMPUTER AN-NUR


Surau An-Nur telah menubuhkan sebuah pusat komputer bagi menggalakan anak kariah supaya dapat mempelajari ilmu IT dan menjana kewangan surau. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan kursus komputer, perkhidmatan grafik, perkhidmatan internet, perkhidmatan scanning, perkhidmatan mencetak terus dari komputer dll. INSYA-ALLAH.