Wednesday 28 September 2011

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H/2011M



Program Ibadah Qurban & Aqiqah 1432H/2011M di Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai dibuka kepada semua penduduk Taman Ria dan masyarakat luar. Sesiapa yang berhajat boleh berhubung dengan Penyelaras Program iaitu Sdr. Mohamed Iqbal Dulkarnai di talian 012-4126467. Harga satu bahagian ialah RM350.00 dan penyembelihan akan dijalankan pada hari raya pertama. Harap maklum.

BULETIN AN-NUR BIL. 10



Buletin An-Nur diterbitkan pada setiap bulan oleh Biro Penerbitan & Multimedia, Surau An-Nur. Tujuannya ialah untuk menyebarkan maklumat/berita tentang aktiviti yang dijalankan oleh surau kepada anak-anak kariah Taman Ria dan juga masyarakat luar.

JADUAL PENGAJIAN BULAN OKTOBER

PUSAT KOMPUTER AN-NUR


Surau An-Nur telah menubuhkan sebuah pusat komputer bagi menggalakan anak kariah supaya dapat mempelajari ilmu IT dan menjana kewangan surau. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan kursus komputer, perkhidmatan grafik, perkhidmatan internet, perkhidmatan scanning, perkhidmatan mencetak terus dari komputer dll. INSYA-ALLAH.