Thursday 6 October 2011

PAKEJ SEWAAN PERALATAN


Surau An-Nur, Taman Ria melalui Biro Peralatan & Pinggan Mangkuk ada menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan pinggan mangkuk untuk sebarang majlis keramaian seperti majlis kenduri kahwin, majlis jamuan hari raya, majlis tahlil dan sebagainya.

Sesiapa yang berhajat/berminat dengan perkhidmatan kami, sila hubungi SDR. AZIZ AHMAD di talian: 017-5820309 atau SDR. MOHD ZIN di talian: 012-5503215.


Monday 3 October 2011

PUSAT KOMPUTER AN-NUR



Pusat Komputer An-Nur (An-Nur Computer Centre) akan beroperasi dengan rasminya pada 15 Oktober 2011 bersamaan 17 Zulkaedah 1432H. Waktu pengoperasiannya adalah seperti berikut: hari Ahad & Sabtu dari jam 10.00 pagi - 11.30 malam. Hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 malam - 11.30 malam. Waktu Rehat ialah 1.00 tengahari - 2.00 petang.

Tujuan penubuhan Pusat Komputer An-Nur ialah untuk menggalakkan anak kariah supaya dapat mengimarahkan surau, menjana pendapatan surau dan dapat mempelajari ilmu IT.

Kursus Komputer hanya terbuka kepada anak-anak kariah Taman Ria sahaja. Borang kursus boleh didapati di pejabat Pusat Komputer An-Nur atau menghubungi AJK Pusat Komputer. Insya-Allah.