Monday 7 November 2011

IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H/2011M







Ibadah Qurban & Aqiqah menjadi acara tahunan di Surau An-Nur, Taman Ria, Padang Serai telah berlangsung pada hari raya pertama iaitu pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H.

Para jemaah dan kariah sekeliling bergotong-royong menjayakan acara ini dengan bersemangat sekali. Tahun ini 5 ekor lembu dikorbankan. Dengan kerjasama semua, sesuatu yang berat akan menjadi ringan. Inilah yang berlaku di sini. Masing-masing telah sedia maklum akan tugasan yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, acara yang bermula jam 10.30 pagi dapat diselesaikan jam 12.30 tengahari.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola Qurban Surau An-Nur kerana berjaya menghidupkan ibadah qurban & aqiqah pada tahun ini.